Bagi mereka yang mahu mencari kelainan untuk menginap di bandar Kuching, Sarawak, The Ranee Boutique Suites (The Ranee) menyediakan keunikan dan pengalaman yang pasti tidak dapat dilupakan. Mengambil nama sempena gelaran permaisuri Sarawak ketika zaman pemerintahan dinasti Brooke, The Ranee beroperasi sejak 1 Jun 2012.