Kemenangan pertama Zverev, 20, dalam kejohanan bertaraf Masters 1,000 itu sekali gus mengesahkan setatusnya sebagai pencabar utama Grand Slam Terbuka Perancis yang bermula hujung minggu ini, malah menjadikannya pemain termuda berjaya melangkah ke final dalam tempoh sedekad.

“Beraksi menentang Novak, antara pemain terbaik di dunia adalah satu penghormatan buat saya.

“Saya sedar, saya perlu bermain agresif dari awal permainan jika mahu memenangi pertemuan ini.

“Selain penting untuk kekal agresif, saya juga tidak boleh membenarkan dia mengawal rentak permainan.

“Berdepan Novak juga, saya tidak boleh terlalu banyak bermain rali. Namun, saya fikir dia juga tidak memberikan aksi terbaiknya hari ini dan melakukan satu...dua kesilapan sendiri untuk membolehkan saya menguasai permainan,” kata Zverev, pemain pertama yang dilahirkan pada 1990-an berjaya memenangi gelaran Masters.

Ini juga adalah gelaran keempat keseluruhan buat Zverev sepanjang kariernya, dan tiga daripada kejuaraan tersebut hadir tahun ini. - AFP