Lebih manis pemegang rekod dunia itu, turut memperbaharui rekod temasya selepas lontaran 16.94 meter yang dilakukan di Stadium Bung Karno memadam rekod lama miliknya sendiri, 15.31m yang dicipta di Korea Selatan 2014.

Emas tersebut adalah yang ke-14 buat kontinjen Malaysia, sekali gus meletakkan mereka hanya kekurangan sebutir lagi emas untuk memenuhi sasaran 15 emas yang ditetapkan.

Selain Ziyad, Malaysia turut mendominasi acara lontar peluru F20 selepas seorang lagi atlet Malaysia, Aliff Mohamad Awi meraih perak dengan catatan 13.09m manakala gangsa milik wakil Thailand, Sanepoot Boonkong (13.01m).

Ziyad, 28, merupakan pemegang rekod dunia dalam acara berkenaan dengan catatan 17.29m yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia di London, tahun lalu. - UTUSAN ONLINE