Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Ziyad, Latif berpotensi menang pingat Sukan SEA

KUALA LUMPUR 17 Julai – Atlet para Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly dilihat berpeluang cerah meraih pingat walaupun akan bersaing dengan atlet normal dalam Sukan SEA 2017 bulan depan selepas kejayaan mempertahankan pingat emas dalam Kejohanan Olahraga Para Dunia di London semalam.

ZIYAD ZOLKEFLI

Keyakinan itu disuarakan Pe­ngarah Bahagian Paralimpik Majlis Sukan Negara (MSN), Mohd. Safrushahar Yusoff yang percaya, kedua-dua atlet itu mampu meneruskan momentum kejayaan di London tersebut ke dalam temasya sukan terbesar di Asia Tenggara itu nanti.

“Mereka berdua memang sudah pun dipilih untuk ke Sukan SEA 2017 iaitu Ziyad dalam acara lontar peluru dan Latif dalam acara lompat jauh. Saya harap dengan beraksi di laman sendiri nanti, Ziyad dan Latif akan lebih bersemangat untuk menyumbang pingat.

“Saya tidak cakap mesti pingat emas tetapi tidak mustahil boleh menjadi pingat emas jika mereka mendapat sokongan padu daripada rakyat Malaysia.

“Saya percaya dalam tempoh sebulan sebelum Sukan SEA, mereka berdua mampu meneruskan momentum kejayaan itu kerana masih berada di tahap moral yang tinggi untuk melakukan yang lebih baik daripada kejohanan para dunia di London dan berbanding atlet normal Asia Tenggara,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Safrushahar bagaimanapun tidak menafikan berdasarkan ranking semasa di rantau Asia Tenggara termasuk atlet normal, Ziyad berada di No. 2 di belakang atlet Thailand namun jurang perbezaan jarak lontaran mereka tidaklah begitu besar,

Dalam kejohanan di London semalam, Ziyad melakukan lontaran sejauh 17.29 meter, hampir satu meter meningkat berban­ding ketika meraih emas dalam Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil dengan catatan 16.48 meter.

“Begitu juga dengan Latif yang walaupun berada di ranking ketiga Asia Tenggara, kejayaannya melakukan lompatan sejauh 7.37 meter di London sudah tidak jauh bezanya dengan catatan atlet normal terbaik di Asia Tenggara iaitu sekitar 7.45 atau 7.46 meter sahaja,” tegas Safrushahar.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain