Biarpun pertama kali menyertai kejohanan itu, Zarish dilihat tidak kekok untuk menumbangkan Rick Rod L Ortega dari Filipina 5-0 di pusingan pertama dalam Kelas Putra C.

“Saya memang sasarkan emas walaupun ini kejohanan sulung saya,” kata pesilat berusia 19 tahun itu.

Turut mara, juara dunia 2012 dan 2015 Siti Rahmah Nasir yang menewaskan Atiq Isnarti Roslan dari Singapura 5-0 dalam Kelas Putri E, manakala Nurul Ain Sohrab menundukkan pesilat Iran, Khalili Baryehkhani 3-2.