Ketika diminta mengulas mengenai kemelut dalaman FAS, Hamidin memberitahu, beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Pesuruhjaya Sukan, Datuk Zaiton Oth­man untuk menentukan status Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) persatuan tersebut, dan FAM sedia menjadi perantara.

“Kita harap perkara ini diselesaikan secepat mungkin. Saya memaklumkan kepada Pesuruhjaya Sukan bahawa dia boleh tentukan (pengesahan EGM) dan ada kuasa berkaitan segala isu membabitkan ahli gabungan FAM. FAM hanya badan induk kepada mereka (persatuan negeri/ahli gabungan),” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bersama presiden ahli gabungan FAM, di sini, hari ini.

ZAITON OTHMAN
ZAITON OTHMAN 

Khamis lalu, EGM FAS diadakan, namun tidak mendapat perkenan Tengku Amir Shah.

Bagaimanapun, EGM itu dianggap sah oleh ahli gabungan yang hadir mengikut Artikel 34.1 Statut FAS 2010 walaupun wakil FAM dan Pesuruhjaya Sukan Malaysia tidak hadir setelah dihantar jemputan.