JAKARTA 26 Ogos - Ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli melangkah ke saingan akhir 100 meter (m) wanita Sukan Asia 2018 apabila berjaya melepasi aksi separuh akhir, sebentar tadi.
Dalam saingan separuh akhir tersebut Zaidatul Husniah mencatat masa 11.70 saat (s).
Saingan akhir 100m wanita akan berlangsung pada pukul 10 malam ini waktu Malaysia. - UTUSAN ONLINE