Daripada lima terjunan mereka hanya mampu mengutip 288.72 mata pada aksi final acara berkenaan.

Kedua-duanya melakukan terjunan konsisten apabila menduduki tangga keempat pada terjunan keempat dengan meraih 68.82 mata, namun gagal mengekalkan rentak itu setelah sekadar memperoleh 55.80 mata pada terjunan terakhir.

Terdahulu, Yan Yee-Nur-Dhabitah menduduki tangga kelima dengan mengumpulkan 291.54 mata, pada pusingan kelayakan.

Dalam acara itu, pingat emas dimenangi pasangan dari China, Shi Tingmao-Chang Yani dengan 333.30 mata, diikuti gandingan dari Canada, Melissa Citrini Beaulieu-Jennifer Abel dengan 323.43 mata.

Pingat gangsa pula dimenangi Kristina Ilinykh-Nadezhda Bazhina dari Russia yang mengumpul 312.60 mata. - BERNAMA

Keputusan:

1. Shi Tingmao/Chang Yani (CHN) 333.30 pts,

2. Melissa Citrini Beaulieu/Jennifer Abel (CAN) 323.43,

3. Kristina Ilinykh/Nadezhda Bazhina (RUS) 312.60,

4. Maddison Keeney/Anabelle Smith (AUS) 301.23,

5. Katherine Torrance/Grace Reid (GBR) 294.60,

6. Ng Yan Yee/Sabri Nur Dhabitah Binti (MAS) 288.72,

7. Anastasiia Nedobiga/Diana Shelestyuk (UKR) 280.56,

8. Inge Jansen/Daphne Wils (NED) 280.50,

9. Tina Punzel/Friederike Freyer (GER) 279.60,

10. Melany Michelle Hernandez Torres/Arantxa Chavez Munoz (MEX) 279.27