Menurutnya, keyakinan itu bersandarkan kepada prestasi semasa pasukan termasuk ketika menyingkirkan Terengganu di separuh akhir sebelum ini.

"Saya tak mahu membuat ramalan kerana apa yang lebih penting, kita berjaya di final nanti. Berapa jaringannya tak penting tetapi saya yakin kita mampu menang.

"Saya harap seluruh rakyat negeri ini sama-sama mendoakan kejayaan pasukan serta memberi sokongan padu di stadium bagi meningkatkan semangat pemain," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita setelah melepaskan 16  bas yang dinaiki lebih 700 penyokong sebelum bertolak ke Shah Alam bagi menyaksikan perlawanan tersebut di pekarangan Wisma Darul Aman di sini malam ini.

Beliau dalam pada itu turut menasihatkan para penyokong supaya menjaga adab dan disiplin sepanjang berada di Shah Alam.

"Insya Allah penyokong Kedah sentiasa berdisiplin dan perkara itu telah dibuktikan ketika ketika final Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih sebelum ini," katanya.

Ditanya kemungkinan kerajaan negeri akan mengumumkan cuti sekiranya Lang Merah menjadi juara, Ahmad Bashah berkata perkara itu masih belum diputuskan lagi.

"Perkara itu usah diharapkan sangat. Apa yang penting, jika kita menang sekali lagi, insya Allah akan ada sambutan besar-besaran termasuk perarakan dari Lapangan  Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) ke Stadium Darul Aman seperti sebelum ini," katanya.