Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Yakeb lahirkan juara ‘jalanan’

SHAHRIN MAJID (kiri) antara atlet kebangsaan yang turut menyumbang 3
SHAHRIN MAJID (kiri) antara atlet kebangsaan yang turut menyumbang tenaga memberi tunjuk ajar kepada anak-anak jalanan bermain bola sepak.

MELAHIRKAN jaguh sukan dunia bukan perkara mudah. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mencungkil bakat-bakat ‘tersembunyi’ yang mungkin tidak akan ditemui jika tiada usaha mencari dilakukan.

Badan sukan seperti Institut Sukan Negara (ISN), Majlis Sukan Negara (MSN) serta persatuan-persatuan sukan kebangsaan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melaksanakan pelbagai program bagi mencari bakat-bakat di pelosok tanah air. Dari kampung, kawasan pedalaman, anak-anak Orang Asli hinggalah ke sekolah-sekolah.

Bagi mendapatkan juara dunia, usaha mencari serta melahirkan bakat tidak boleh terhenti, malah tidak boleh terhad di kawasan tertentu atau disasarkan kepada golongan tertentu sahaja. Ia perlu menyeluruh hingga ke peringkat yang tidak dijangkakan, meskipun memaksa pihak tertentu menyelusuri lorong-lorong gelap.

Sedar usaha mencari bakat memerlukan kerja keras dan pelbagai kaedah, Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) menggunakan cara unik bagi mencari bakat baharu.

Program pencarian yang dilakukan badan itu bukan sahaja membantu industri sukan, malah membantu golongan kurang bernasib baik yang selama ini dipandang sepi oleh masyarakat iaitu anak-anak ‘jalanan’ atau Chow Kit.

Siapa tahu, anak-anak kecil yang selama ini melihat masa depan mereka kelam kerana kesusahan hidup yang dihadapi mungkin akan memiliki masa depan secerah Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol David, Safiq Rahim atau Safee Sali. Wartawan Utusan Malaysia, FADHILUL IZMEL ISHAK cuba menyelami sejauh mana program Yakeb ini memberi kesan kepada golongan gelandangan.


KUALA LUMPUR 28 Jun – Tidur dan menghabiskan sebahagian besar masa di bawah jambatan atau jalanan bukan persekitaran yang baik dalam pembesaran kanak-kanak, namun membesar dalam keadaan seperti itu mungkin menjadikan seseorang itu lebih kental jiwanya. 

Pada ketika kebanyakan masyarakat memandang sepi golongan gelandangan yang dianggap tiada sumbangan kepada negara, Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) sebaliknya cuba melihat golongan ini dari sisi berbeza, terutama anak-anak kecil.

Badan sukan itu mengambil ciri-ciri istimewa yang ada pada anak-anak ini seperti kelasakan mereka, selain jiwa yang kental untuk cuba menukarnya menjadi atlet yang berjaya.

Program istimewa 1Malaysia 1Hope - Giving Back To The Nation menyasarkan kanak-kanak seawal enam tahun hingga 18 tahun untuk dihimpunkan dan dicungkil bakat mereka dalam sukan.

Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) satu-satunya sekolah yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk menjaga anak-anak jalanan, sekali gus membolehkan Yakeb bekerjasama dengan sekolah tersebut untuk mengadakan 1Malaysia 1Hope - Giving Back To The Nation.

Pengurus Besar Yakeb, Zuhairi Abdul Manaf berkata, 1Malaysia 1Hope - Giving Back To The Nation mempunyai empat kumpulan sasar iaitu anak-anak Chow Kit, pelajar tahfiz, orang asli dan masyarakat luar bandar namun golongan anak-anak Chow Kit menjadi permulaan memandang­kan mereka sering ketinggalan.

“Kami bersama guru-guru SBJK pergi ke kawasan yang menjadi tumpuan gelandangan seperti Jalan Tunku Abdul Rahman dan sekiranya mereka mempunyai anak-anak kami akan meminta mereka membenarkan kami mengambil anak-anak mereka untuk disekolahkan di SBJK.

“Yakeb sendiri pergi ke SBJK untuk menawarkan aktiviti sukan untuk murid-murid sekolah tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menyentuh mengenai anak-anak Chow Kit, Zuhairi berkata, bukan mudah untuk mendekati mereka kerana kebanyakannya datang daripada latar belakang keluarga yang mempunyai sejarah hitam.

“Pengalaman kami mendekati anak-anak Chow Kit ini dilakukan oleh pakar psikologi kerana mereka lebih tahu. Namun, kalau diamati betul-betul kehidupan anak-anak Chow Kit ini lebih teratur jika mereka pergi ke sekolah, malah mereka boleh melarikan diri seketika daripada menjadi gelandangan.

“Rupa-rupanya di Chow Kit banyak tempat sewa yang murah. Contohnya sewa bilik dalam lingkungan RM20 hingga RM30 sehari.

“Bagi orang biasa akan ber­anggapan jumlah tersebut murah tapi mereka (gelandangan) tidak. Satu bilik dikongsi tiga keluarga. Pukul 7 pagi hingga 3 petang satu keluarga duduk dua keluarga lagi merayau.

“Kemudian, pukul 3 petang hingga 11 malam giliran keluarga lain pula dan pukul 11 malam hingga 7 pagi giliran keluarga terakhir. Itu pun bukan mereka sewa hari-hari. Kalau ada duit mereka sewa bilik jika tidak mereka akan tidur di kaki lima,” katanya.

Berkongsi cerita pengalaman membentuk anak-anak Chow Kit, Zuhairi berkata, ia tidak mudah kerana mereka tidak biasa dengan dunia sukan, malah ada juga kisah yang menyentuh hati apabila ada dalam kalangan mereka yang tidak pernah makan ayam sepanjang hidup.

“Kami mendidik mereka langkah demi langkah. Mereka mudah lupa. Jadi kami perlu mendidik tidak keterlaluan sehingga membebankan mereka sendiri. Ada anak-anak Chow Kit yang datang ke sekolah baru dapat makan. Ada juga yang sebelum ini tidak pernah makan ayam langsung.

“Mereka nampak liar tetapi tanggungjawab mereka pada keluarga tinggi. Kalau ada makanan lebihan pasti akan anak-anak Chow Kit tersebut bungkus bawa balik.

“Apa yang menyedihkan apabila hari Jumaat mereka akan bungkus makanan dan letak kuah di atas nasi sedangkan hendak dimakan esok, sebab keesokan harinya sekolah tutup.

“Kalau difikirkan semula nasi itu boleh basi namun disebabkan mereka sudah biasa mereka tiada masalah,” katanya lagi.

Tambah Zuhari, empat jenis sukan iaitu futsal, bola jaring, memanah dan olahraga dipilih kerana sukan tersebut tidak memerlukan kos belanja yang tinggi dan mudah untuk dikendalikan.

“Kalau kita pilih sukan tenpin boling mesti kita kena ada tempat yang khas untuk berlatih. Sukan-sukan yang dipilih ini masih di peringkat awal.

“Ia dipilih kerana mudah dikendalikan dan tidak mengeluarkan belanja yang tinggi,” katanya lagi.

BAHAGIAN kedua 
bersambung esok.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain