Bekas pemain wanita No. 1 dunia dari Denmark itu kini bakal berdepan Anastasia Pavlyuchenkova dari Rusia untuk mempertahankan gelaran, sekali gus memburu kejuaraan ketiganya di Tokyo selepas 2016 dan 2010.

Terdahulu, Pavlyuchenkova mara selepas menyingkirkan seorang lagi bekas pemain No. 1 dunia, Angelique Kerber dari Jerman 6-0, 6-7, 6-4.

“Saya tidak rasa segar dalam perlawanan ini. Tenaga saya agak rendah dan saya gagal melakukan pukulan-pukulan penting.

“Kekalahan ini sangat mengecewakan tetapi dia (Wozniacki) jelas pemain yang lebih baik,” kata Muguruza.

Turun sebagai pilihan ketiga, Wozniacki mengutip mata kemenangan set pertama selepas pukulan depan Muguruza meliar.

Set kedua bertambah buruk buat Muguruza, 23, apabila dia melakukan beberapa pukulan kilas yang tidak menjadi, sekali gus memberikan kemenangan mudah kepada Wozniacki, 27. - AGENSI