Pilihan utama itu melakar kemenangan 7-5, 4-6, 6-2 ke atas pemain Belgium, Elise Mertens dan akan beraksi menentang Siniakov yang menundukkan pilihan ketiga, Caroline Garcia dari Perancis 6-2, 7-5.

“Perlawanan ini (menentang Mertens) sangat sukar. Dia telah bermain dengan baik sekali, begitu agresif pada ketika angin tidak bertiup kencang dan cahaya matahari pula tidak begitu membahang.

“Kemenangan ini merupakan satu keputusan yang positif yang mana saya berjaya mara ke final buat kali kelima. Saya akan berjuang habis-habisan dan cuba memenangi pertandingan ini,” kata Wozniacki yang memburu gelaran ke-26 dalam kariernya dan kejayaan sulung musim ini menentang Siniakova yang berusia 21 tahun.

Jika Wozniacki melakar kemenangan, maka kejayaan tersebut merupakan yang pertama di dalam perlawanan akhir pada gelanggang terbuka permukaan tanah liat sejak 2011 sewaktu dia masih bergelar pemain No. 1 dunia.

Siniakov yang menghuni ranking ke-56 dunia, menyingkirkan Garcia di dalam perlawanan yang terhenti stiga kali ekoran hujan. – AFP