Tarikh perkahwinan masih belum diumumkan, tetapi menurut BT Planet, pasangan kekasih itu akan mendirikan rumah tangga pada musim panas 2019.

Pemain No. 3 dunia, Wozniacki ketika ditanya oleh media Denmark sewaktu Terbuka Amerika Syarikat enggan menjawab soalan tersebut.

“Saya rasa lebih baik saya tidak berkongsi kepada semua. Apa yang boleh saya katakan ialah majlis perkahwinan saya akan dilangsungkan secara kecil-kecilan.

“Kami sangat teruja apabila memikirkan tentang perancangan itu. Saya tidak boleh ulas lebih,” kata Wozniacki.

Walaupun, Wozniacki tidak menjelaskan tentang jenama gaun perkahwinan yang menjadi pilihannya, pemain tersebut dikhabarkan begitu mengagumi busana rekaan pereka fesyen terkenal, Stella McCartney dan Victoria Beckham.

“Ada sesuatu yang sangat istimewa tentang Chanel, yang mana rekaan jenama itu cukup menarik. Saya juga menyukai rekaan gaun perkahwinan daripada jenama Reiss,” ujarnya. – AGENSI