Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) bagaimanapun tidak pasti sama ada penyertaan Wendy dalam temasya 4-15 April itu dibenarkan, namun rayuan sudahpun dikemukakan kepada Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA).

Penerjun berusia 24 tahun itu berdepan nasib malang selepas disahkan positif sibutramine ketika beraksi dalam Sukan SEA Ke-29, Ogos lalu selepas sampel B yang uji di makmal Agensi Anti Doping Dunia di New Delhi pada 11 Oktober lalu turut positif.

“Peluang untuk Wendy kami tidak pasti tetapi rayuan sudah dikemukakan kepada badan antararabangsa (FINA).

“Secara dasarnya nama Wendy sememangnya ada dalam senarai asal (Sukan Komanwel),” kata penolong setiausaha ASUM, May Tan kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Sukan Komanwel dan Sukan Asia di Wisma MOM di sini hari ini.

ASUM menyenaraikan 13 atlet ke Sukan Komanwel dan 14 atlet ke Sukan Asia.

Dalam perkembangan lain, May memberitahu, jurulatih baharu dari Australia, Christian Brooker sudah tiba di Malaysia tetapi elum memulakan tugasan secara rasmi.

“Buat masa sekarang dia sedang menguruskan permit kerja dan selepas selesai, dia akan memulakan tugasnya secara rasmi dan turut disenaraikan ke Sukan Komanwel, namun bergantung kepada kelulusan MOM (Majlis Olimpik Malaysia),” katanya. - UTUSAN ONLINE