Kejayaan itu juga menyaksikan atlet berusia 20 tahun itu menewaskan juara Sukan Olimpik 2016, Mack Horton yang menduduki tempat kedua manakala gangsa menjadi milik perenang dari China, Qiu Ziao.

Welson menjadi atlet kedua negara memenangi di kejohanan tersebut selepas Phee Jinq En melakukannya pada tahun lalu dalam acara 50m kuak dada wanita.

Rekod lama kebangsaan iaitu 3:50.33s dicipta Welson pada Kejohanan Renang Peringkat Umur Kebangsaan Singapura pada Mac tahun lalu.