Pemain berusia 32 tahun itu tidak pernah tewas dalam mana-mana set sebelum mara ke peringkat separuh akhir. Juara 2015 itu menjadi pemain tertua mara ke peringkat empat pemain terakhir selepas kali terakhir dilakukan oleh Jimmy Connors pada 1985.

Wawrinka bakal bertemu pemain No. 1 dunia, Any Murray atau pilihan kelapan kejohanan dari Jepun, Kei Nishikori untuk menempah tiket ke pentas akhir.

“Hari ini amat sempurna dan saya sangat berpuas hati. Saya bermain dengan baik dan memanfaatkan setiap peluang yang ada,” kata Wawrinka yang mara ke separuh akhir Roland Garros buat kali ketiga berturut-turut.

Wawrinka, juara bertahan Terbuka Amerika Syarikat (AS) melebarkan rekod kemenangannya ke atas pemain dari Croatia, Cilic kepada 12-2 dengan lapan kemenangan berturut-turut ke atas lawan yang berusia 28 tahun itu. - AFP