Pemain Switzerland itu tidak menunjukkan sebarang masalah untuk mendapat kembali sentuhan permainan hebatnya apabila mudah menewaskan pemain Serbia, Viktor Troiki 6-1, 7-6 untuk menempah pertemuan dengan pemain Bosnia, Mirza Basic selepas ini.

Wawrinka yang kali terakhir layak ke separuh akhir di Terbuka Perancis tahun lalu terpaksa menjalani dua kali pembedahan untuk menghidupkan semula kariernya sebagai pemain tenis profesional dan dia mengakui tahap permainannya semakin baik. - AFP