Pemain berusia 32 tahun itu, yang diketepikan selama enam bulan pada tahun lepas susulan menjalani pembedahan lutut setelah saingan di Wembledon, akan berdepan Viktor Troicki dari Serbia hari ini di saingan separuh akhir.

“Saya jangkakan perlawanan sengit bakal berlaku. Dia sudah bermain dalam beberapa perlawanan di sini,” kata Wawrinka merujuk kepada pertemuannya dengan Troicki.

Wawrinka hanya mencatat satu kemenangan sebelum menyertai kejohanan tenis yang berlangsung di Bulgaria itu, mengetepikan Ricardas Berankis di Terbukan Australia pada bulan lepas sebelum tewas di tangan pemain Amerika Syarikat Tennys Sandgren.- AFP