Acara dimulakan dengan penye­rahan obor oleh Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Ge­rawat Gala kepada ADUN Telang, Usan Dennis Ngau selaku pelari pertama dan seterusnya berganti-ganti dengan pembawa obor lain.

Larian obor tersebut melibatkan lebih 20 peserta dengan jarak larian enam kilometer di pelbagai lokasi antaranya Kampung Batu Bungan dan Lady Cave.

Watson menjadi pembawa obor terakhir dengan menyerahkan obor kepada Residen Bahagian Miri, Sherrina Hussaini dan sete­rusnya kepada pemangku Residen Bahagian Sibu, Katis Noel Nyambong, yang menjadi lokasi larian obor seterusnya.

Larian obor Sukan SEA ke-29 untuk Sarawak bermula pada Khamis lepas dengan lokasi pertama di Limbang. – BERNAMA