“Ini merupakan satu keputusan sukar yang terpaksa dibuat. Walaupun pada mulanya pelantikan Silva dianggap tepat namun selepas cuba dilamar kelab lain, ahli lembaga berpendapat fokus dan keputusan telah lari dari matlamat sekaligus meletakkan masa depan Watford FC berada dalam dilema,” kata kelab itu menerusi laman sesawangnya.

Media Britain sebelum ini pernah melaporkan Everton cuba memancing khidmat pengendali dari Portugal itu awal musim ini bagi menggantikan Ronald Koeman yang dipecat. Bagaimanapun berikutan kegagalan mendapat Silva, Everton mengalihkan sasaran dan berjaya mendapatkan Sam Allardyce pada November lalu. - Reuters