Video ihsan twitter/myTeamMAS

Umi Syuhadah mencatat jarak rejaman sejauh 18.90 meter ketika meraih pingat emas.

Pingat perak dan gangsa milik dua atlet dari Vietnam, Nguyen Thi Mai dengan catatan 18.58m manakala Ha Thi Hue sekadar melakukan 16.84m.

Untuk rekod, kemenangan ini merupakan emas ketiga peribadi buat Umi Syuhadah.

Terdahulu, beliau meraih emas acara lempar cakera F37 (cerebral palsy) dengan lemparan sejauh 21.19m, dan semalam, lontarannya dalam acara lontar peluru T37 (cerebral palsy) turut menghasilkan emas. - UTUSAN ONLINE