Pungutan pingat itu lebih baik sedikit berbanding temasya di Glasgow, Scotland empat tahun lalu yang hanya meraih enam emas, tujuh perak dan enam gangsa.

Namun begitu, pencapaian tahun ini hanya muncul yang kelima terbaik sejak Malaysia menjadi tuan rumah pada 1998. Pungutan terbaik yang pernah Malaysia catat ialah pada 2010 di New Delhi, India iaitu dengan 12 emas, 10 perak dan 14 gangsa.

Ini diikuti temasya 1998 di laman sendiri iaitu 10 emas, 14 perak dan 12 gangsa, temasya 2006 di Manchester, England dengan tujuh emas, 12 perak dan 10 gangsa dan temasya 2002 di Melbourne, Australia dengan tujuh emas, sembilan perak dan 18 gangsa.

Berdasarkan sukan pula, temasya kali ini menyaksikan badminton terus kekal sebagai penyumbang pingat terbaik dengan dua emas, 1 perak dan dua gangsa.

Ini diikuti angkat berat yang menyumbang dua emas dan satu gangsa diikuti gimrama dengan satu emas, tiga perak dan tiga gangsa.

Sukan yang pulang tanpa sebutir pingat adalah basikal trek, renang, hoki, olahraga, bola keranjang, ragbi dan triathlon.

Ping pong pula boleh dianggap sebagai sukan paling mengejutkan apabila berjaya membawa pulang satu gangsa menerusi beregu wanita individu ketika tiada harapan dan publisiti besar diberikan kepada mereka.

Atlet yang gagal memper­tahankan pingat emas pula adalah Datuk Nicol David (skuasy perseorangan wanita), Ooi Tze Liang (3m papan anjal lelaki, badminton berpasukan campuran dan Goh V Shem/Tan Wee Kiong (beregu lelaki individu).

Manakala sukan atau acara yang kembali memenangi emas adalah gimrama, boling padang dan badminton perseorangan lelaki.

Sukan paling banyak menunjukkan peningkatan adalah angkat berat boling padang dan gimrama.