Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Shadan Othman mengetuai peserta-peserta larian itu dari Laman Belia Sungai Rambai dan meneruskan larian dengan jarak 2.1 kilometer hingga ke Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sungai Rambai di sini hari ini.


Kira-kira 200 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah, pertubuhan-pertubuhan belia dan institusi pengajian tinggi terlibat dalam larian tersebut.


Acara larian hari ini berakhir dengan Pegawai Daerah Jasin, Zamrud Yahya memberikan ucapan sempena larian tersebut sebelum upacara menyampaikan cenderamata kepada wakil daripada Johor. - UTUSAN ONLINE