Stuart berkata, meskipun pemain daripada kedua-dua pasukan itu mencemarkan sukan futsal, mereka tidak melakukan sebarang keganasan, cuma berlaku tolak menolak antara satu sama lain.



“Selepas meneliti laporan daripada komisioner dan pengadil perlawanan, saya mendapati mereka tidak melakukan sebarang keganasan jadi pemain yang terlibat daripada kedua-dua pasukan itu hanya dikenakan pergantungan satu perlawanan.

“Jadi, kes tersebut ditutup dan tidak perlu dipanjangkan kepada Jawatankuasa Disiplin FAM.

“Kes ini berlainan seperti pergaduhan Johor dan Terengganu pada Isnin lalu di mana kes tersebut perlu dibicarakan esok,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan pemain Johor dan Wilayah Persekutuan bergaduh dalam aksi Kumpulan B di Manjung Indoor Sport Arena yang mana mereka tewas 4-6.

Kekecohan itu berlaku pada babak akhir permainan dengan berlaku tolak menolak dan tarik menarik dalam kawasan gelanggang antara kedua-dua pasukan tersebut.