Jun Hoong menampilkan terjunan luar biasa dalam saingan itu membolehkan empat daripada tujuh pengadil pertandingan memberikan mata penuh.

Atlet China, Si Yajie meraih mata lebih tinggi dalam terjunan terakhir namun tidak mencukupi untuk mengatasi Jun Hoong.

Jun Hoong meraih 397.5 mata menewaskan Yajie dengan perbezaan 1.5 mata.

Seorang lagi atlet China, Ren Qian meraih pingat gangsa dengan 391.95 mata.

“Dalam beberapa terjunana pertama saya langsung tidak melihat papan markah kerana saya perlu fokus kepada setiap terjunan.

“Selepas terjunan terakhir, saya terlihat bahawa saya sedang mendahului pertandingan dan perkara itu jelas mengejutkan saya,” katanya. - AP