Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Emas lagi dari Welson

Welson Sim
Welson Simmencatat rekod baharu acara 200m renang gaya bebas dengan kepantasan 1 minit 47.79 saat - twitter/KL2017

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Welson Sim sekali lagi membuktikan kehebatannya sebagai jaguh renang baharu rantau Asia Tenggara apabila berjaya meraih emas dalam acara 200 meter gaya bebas lelaki di Pusat Akuatik Nasional, sebentar tadi.

Bagaimanapun, perenang dari Sarawak itu  terpaksa berhempas pulas pada 50 meter terakhir sebelum menyentuh garis penamat dengan kepantasan 1 minit 47.79 saat, yang turut melakar kejayaan berganda apabila catatan masanya itu merupakan rekod baharu kejohanan.

Dalam saingan akhir 200 meter itu, pingat perak menjadi milik atlet Vietnam, Hoang Quy Phuoc yang memberi tentangan sengit  dengan mencatatkan masa 1:48.07 saat manakala Kai Quan Yeo dari Singapura memperoleh gangsa (1:48.98s). - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain