Menurut Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Kamel Mohamad, SukIPT 2018 akan berlangsung mulai 2 hingga 10 Februari dan tahun ini, UKM menjadi tuan rumah bagi temasya tersebut.

Ujarnya lagi, bilangan atlet dalam SukIPT 2018 kali ini turut mengalami peningkatan sehingga 5,000 orang secara keseluruhan.

“Dari segi penjenamaannya pula, SukIPT telah berjaya menarik penglibatan daripada universiti luar negara seperti dari Indonesia, SIngapura, Thailand serta India.

“Dalam penganjuran ini, kita tidak mahu hanya terbaik di padang sahaja, malah dari segi pengurusannya juga haruslah cemerlang kerana ia menunjukkan tahap professional kita,” ujarnya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang ditemui di Panggung Seni, Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM, Bangi berharap mana-mana universiti yang menjadi tuan rumah dalam SukIPT menitik beratkan aspek pengurusan secara keseluruhan untuk kemudahan semua pihak.  – UTUSAN ONLINE