Ini merupakan final kesembilannya di kejohanan Grand Slam gelanggang rumput itu sejak mula beraksi di sini 20 tahun lalu. Kali terakhir Venus, 37, ke final ialah pada 2009 selepas kali terakhir muncul juara pada 2008. Dia bakal memburu kejuaraan keenam Wimbledon kali ini.

Pada final nanti, Venus akan menentang pemain Sepanyol, Garbine Muruguza yang terdahulu menewaskan pemain ranking paling rendah yang berjaya sampai ke tahap ini dari Slovakia, Magdalena Rybarikova 6-1, 6-1 dalam satu lagi aksi separuh akhir. - AFP