Justeru, PSM akan bekerjasama dengan Utusan Malaysia dengan menghulur kepakaran, terutama daripada segi teknikal pada kejohanan tahun ini, kata Presidennya, Datuk Seri Ahmad Ismail.

“Kita tidak nafikan kejohanan ini ada pengikutnya dan telah ba­nyak memberi sumbangan termasuk memeriahkan sepak takraw negara menerusi penca­rian bakat selain sebagai pendedahan kepada tunas.

“Ada beberapa cadangan untuk kejohanan kali ini antaranya nama ‘kejohanan’ ditukar kepada ‘karnival’ kerana ia lebih sesuai dengan program tersebut yang turut diwarnai pelbagai acara sampingan.

“Selain itu, kami cadangkan kiraan 21 mata digunakapakai berbanding 15 mata kerana ia penting sebagai pendedahan dan persediaan kepada peserta terutama pe­ringkat remaja untuk mengharungi pertandingan sebenar.

“Menerusi kiraan ini, kita boleh nilai ketahanan sebenar mereka. Jadi semua cadangan ini akan dibawa ke majlis jawatankuasa yang akan ditubuhkan dan mulai bergerak pada minggu depan,” kata Ahmad.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan bersama Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (Malaysia) Bhd, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir di ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad, di sini hari ini.