WAN MOHD. HUSNI ABDULLAH
WAN MOHD. HUSNI ABDULLAH

Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan (Pestans), Wan Mohd. Husni Abdullah menegaskan, pingat emas itu dimenangi hasil pengorbanan dan usaha para pemain untuk menamatkan penantian negara selama 24 tahun.

Katanya, adalah tidak adil merendah-rendahkan kemenangan regu negara itu semata-mata kerana tiada penyertaan oleh regu dari kuasa utama, Thailand dalam acara berkenaan.

“Pemain kita bermain bermati-matian dalam perlawanan akhir dengan Indonesia dan terpaksa berdepan diskriminasi pengadil selain penyokong tuan rumah. Pingat emas itu bukan mudah untuk dimenangi.

“Malah, satu ketika regu kita ketinggalan 11-17 dan kebiasaannya dalam sukan sepak takraw sukar untuk bangkit dengan mata sedemikian. Tetapi regu kita membuktikan mereka mampu menang demi negara.

“Sebab itu kita kecewa apabila ada pihak mengeluarkan kenyataan di media dengan menyifatkan pingat emas itu ‘kelas B’ sedangkan rakyat Malaysia lain berbangga dengan kejayaan regu negara,” katanya di sini hari ini.

Wan Mohd. Husni yang merupakan antara pegawai pasukan sepak takraw negara di temasya sukan itu mengulas kenyataan Presiden Persatuan Sepak Takraw Selangor, Markiman Kobiran dalam Utusan Malaysia hari ini bahawa kejayaan regu negara ibarat ‘murid yang dapat nombor satu dalam kelas B’.

Ini kerana pingat itu dimenangi tanpa penyertaan Thailand ekoran setiap negara, kecuali tuan rumah dihadkan menyertai dua acara sahaja. Dasar itu diperkenalkan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) bagi mengekang monopoli negara jiran tersebut dalam sukan berkenaan.

Regu negara dibarisi Zulkifli Razak (Syahir Rosdi), Azlan Alias dan Farhan Adam menamatkan kemarau emas sepak takraw Sukan Asia yang kali terakhir dimenangi pada 1994 di Hiroshima, apabila menewaskan regu Indonesia 18-21-22-20 dan 21-11 dalam perlawanan di Dewan Ranau, Kota Sukan Jakabaring, Palembang.

Mengulas lanjut, Wan Mohd. Husni berkata, kenyataan tersebut tidak wajar kerana regu negara turut dibarisi Farhan yang merupakan pemain dari Selangor dan juga ketua pasukan.

“Sebagai presiden persatuan negeri, beliau sepatutnya menghargai pengorbanan para pemain kita dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang boleh melemahkan semangat pemain,” katanya.rnya, walaupun Thailand diakui berada dalam kelas tersendiri