Kejayaan meraih 44 pingat emas, 41 perak dan 33 gangsa membolehkan UPM dinobatkan sebagi juara, mengulangi pencapaian mereka dalam edisi pertama pada 2012. UiTM pula menduduki tempat kedua, selepas meraih 42 pingat emas.

Tambah manis buat UPM, perenang mereka Angela Chieng Chui Fei dipilih sebagai Olahragawati manakala pasukan bola jaring mereka pula muncul pasukan terbaik wanita keseluruhan, satu kategori yang diperkenalkan selain pasukan terbaik lelaki keseluruhan.

Bagaimanapun pencapaian mereka kali ini gagal menyamai kejayaan mereka pada 2012 yang mana UPM ketika itu meraih 52 pingat emas untuk bergelar juara keseluruhan.

Olahraga menjadi penyumbang terbesar buat UPM dengan jumlah 13 pingat emas keseluruhan daripada 43 pingat emas yang dipertandingkan dalam acara tersebut.

UiTM yang berada di kedudukan kedua mengumpul 42 pingat emas, 37 perak dan 35 gangsa sementara Politeknik Malaysia yang tampil di bawah satu bendera turut garang dengan menduduki tempat ketiga setelah mengumpul 27 emas, 17 perak dan 27 gangsa.

SukIPT kali ini mempertan­dingkan 27 acara sukan termasuk beberapa acara baharu seperti yang menjadi tumpuan iaitu bola sepak yang menyaksikan UiTM bergelar juara dengan menewaskan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dalam perlawanan akhir.

Sebanyak 78 kontinjen me­nyer­tai SukIPT 2018 termasuk sembilan kontinjen antarabangsa dari empat negara iaitu Thailand, Indonesia, Singapura dan India bagi merebut 278 pingat emas keseluruhan.