Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Universiade 2017: Malaysia sertai enam acara

PUTRAJAYA 20 Mac – Malaysia akan me­nyertai enam acara dalam Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2017 di Taipei, Taiwan dengan sasaran adalah memenangi pingat emas pertama atau mengatasi pencapaian di Gwanju, Korea Selatan dua tahun lalu.

Kementeran Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan memberitahu, enam acara itu adalah badminton, olahraga, memanah, golf, wusyu dan bola sepak.

Menurut kenyataan itu, kontijen negara akan disertai oleh beberapa atlet berprofil tinggi yang boleh disandarkan untuk memenangi pingat iaitu pemain badminton Zulfadli Zulkiffli dan pemanah Fatin Nurfatehah Mat Salleh yang akan bersaing dalam kategori compound.

“Kementerian akan berusaha keras untuk menghantar atlet yang bukan sahaja mampu cemerlang dan memenangi pingat dalam Universiade 2017 pada 19 hingga 30 Ogos ini tetapi seterusnya akan menjadi bintang sukan masa depan negara,” kata kenyataan itu.

Untuk merealisasikan impian tersebut, jelas kenyataan itu, kementerian telah melantik bekas jaguh badminton negara Rashid Sidek dan Mohd. Zakry Abdul Latif serta Adnan Ahmad untuk membimbing atlet terlibat.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain