Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata universiti itu dipilih kerana mempunyai gelanggang dengan 36 fairway atau laluan padang yang terbanyak di Malaysia.


"Gelanggang untuk kejohanan boleh digunakan sehingga malam kerana dilengkapi dengan lampu limpah," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada WCWC 2018 di Pusat Latihan Woodball Asia, Chiang Dao di sini, hari ini.


Katanya UniMAP sebelum ini pernah menjadi tuan rumah bagi kejohanan peringkat antarabangsa antaranya Kejohanan Woodball Universiti Asia pertama dan Kejohanan Woodball Piala Dunia Universiti keempat. 


Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Penaung Diraja Persatuan Woodball Negeri Perlis (PWNPs) juga berkenan berangkat menyaksikan WCWC 2018 bersama anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail. - BERNAMA