Presiden Persatuan Woodball Perlis (PWNPs), Prof. Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin berkata, gelanggang woodball di Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra, UniMAP di Pauh Putra telah sedia untuk penganjuran kejohanan tersebut.

“Gelanggang di Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra memenuhi kriteria sebagai venue kejohanan ini,” kata beliau kepada media Malaysia selepas penyerahan simbolik ‘mallet’ (kayu woodball) oleh Presiden Persekutuan Woodball Antarabangsa (IWF), Weng Ming Hui kepada Presiden Persatuan Woodball Malaysia, Elaine Tan Mee Hoi pada majlis penutup WCWC 2018 di sini, kelmarin.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Penaung Diraja PWNPs ber­kenan menyaksikan upacara penyerahan tersebut di Chiang Mai Orchard Hotel yang turut dihadiri Menteri Sukan dan Pelancongan Thailand Weerasak Kowsurat dan Presiden Persekutuan Woodball Asia (AWF), Kok Cheng Kar.

Sementara itu, kata Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Arau, Zailuddin Ariffin yang turut hadir berkata, UiTM pula dipilih menjadi tuan rumah Kejohanan Woodball Malaysia Terbuka 2020 pada tarikh sama dengan WCWC 2020.

Katanya, UiTM akan bekerjasama dengan PWNPs untuk menarik ramai peserta kerana ge­langgang woodballlnya sebanyak 24 fairways mampu menampung bilangan peserta yang banyak.

Untuk rekod, Perkis satu-satu­nya negeri di negara ini mempunyai liga tempatan woodball sepanjang tahun bagi merebut Piala Tuanku Syed Faizuddin Putra, Piala Tuanku Canselor UniMAP dan Piala Yang Dipertua MAIPs.