Perdana Menteri berkata, semua janji dibuat pembangkang tidak berasaskan realiti malah sengaja ditabur demi meraih kuasa yang selama ini mereka impikan.

“Saya ingatkan orang Balik Pulau tadi, DAP Pulau Pinang dulu janji tidak naikkan harga air, tetapi sejak memerintah negeri itu sudah empat kali harga air dinaikkan.

“Dahulu bermacam cerita pembangkang perkatakan berkenaan Lynas, tengok-tengok dalam diam mereka ada Sungai Lembu,” katanya melalui catatan di akaun Facebook miliknya malam ini.

Menurut Presiden UMNO itu, perkara tersebut sama sekali berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang selama ini bukan sekadar membuat janji malah menunaikan segala yang dikata.-UTUSAN ONLINE