ZAMRI ABD. KAHAR
ZAMRI ABD. KAHAR

Menurut Pegawai Sukan UiTM, Zamri Abd. Kahar, USIF Ke-13 merupakan penganjuran temasya sukan antara universiti yang akan berlangsung di Kampus Induk UiTM di Seksyen 2 serta Kompleks Sukan Panasonic di Seksyen 21, di sini. 

Malah, sebanyak 27 buah universiti daripada luar negara akan mengambil bahagian dalam temasya tersebut antaranya Filipina, Brunei, Sri Lanka, Singapura, Indonesia, Nepal dan Pakistan. 

“Sebanyak tujuh acara dipertandingkan iaitu futsal, hoki, tenis, badminton, bola keranjang, ragbi serta ping pong, “ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Pada masa sama, seramai lebih 940 orang atlet dan pegawai serta sukarelawan terlibat dalam temasya sukan itu yang akan dirasmikan oleh Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Hassan Said di Kompleks Hoki, Pusat Sukan UiTM Shah Alam, esok. - UTUSAN ONLINE.