McGregor dari Ireland mengangkat bendera putih di pusingan keempat, sekali gus menghadiahkan kejuaraan UFC lightweight kepada Khabib.

Tidak terhenti di situ, Khabib kemudian melompat keluar dari pagar gelanggang dengan sasaran menyerang rakan selatihan McGregor, Dillon Danis.

Presiden UFC, Dana White melalui rakaman video di laman web UFC berkata, gelaran yang dipegang oleh jaguh Russia itu tidak akan dilucutkan dan sebarang tindakan yang bakal diambil ekoran kekecohan itu hanya akan dilakukan oleh Suruhanjaya Atlet Nevada (NAC).

Susulan daripada itu, Mcgregor berang dan menuntut untuk bertarung sekali lagi, namun UFC telah membuat keputusan untuk menggantungnya sehingga 6 November atas alasan perubatan.

Khabib bagaimanapun terlepas daripada penggantungan tersebut selepas dia lulus dalam ujian perubatan.

NAC kelmarin mengeluarkan laporan perubatan pertarungan antara Khabib dengan Conor McGregor.

“Inilah realiti, ini sukan yang paling perlu mendapat pengasan di seluruh dunia.

“Sekiranya mengalami kerosakan di kepala, mereka boleh digantung selama tiga bulan. Conor dilarang beraksi untuk tempoh tiga bulan oleh doktor yang merawatnya dan tidak dibenarkan menyertai pertandingan sehingga mendapat kebenaran daripada doktor terbabit,” kata White.

Petinju secara lazimnya digantung oleh UFC berdasarkan pemeriksaan perubatan oleh doktor mereka sendiri selepas tamat perlawanan.

Pergantungan tersebut ada kalanya mengambil tempoh masa lama sebagai langkah berjaga-jaga untuk kembali ke gelanggang pertarungan.- AGENSI