Pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2014 dalam acara sama itu menamatkan aksi di tempat ke-16 daripada 18 peserta ketika saingan separuh akhir.

Dalam saingan separuh akhir itu, Tze Liang mencatat skor keseluruhan selepas tujuh terjunan 354.90 mata.

Hanya peserta yang berada dalam kedudukan 12 teratas sewaktu aksi separuh akhir layak mara ke saingan akhir yang bakal berlangsung petang ini. - UTUSAN ONLINE