Hanya 18 peserta terbaik akan layak ke peringkat separuh akhir yang menjadi acara terakhir bagi sukan terjun dalam temasya Olimpik kali ini.

Tze Liang yang mengumpul 379.50 mata berkata, kebiasaannya dia boleh mengumpul 400 mata dengan mudah, namun dalam aksi di Pusat Akuatik Maria Lenk itu tidak menjadi.

Katanya, antara yang menjejaskan pungutan mata ke­seluruhan adalah terjunan keempat apabila dia melakukan kesilapan dan hanya mengutip 46.20 mata iaitu yang terendah dalam enam terjunan yang dilakukannya.

Mengakui persembahannya kali ini tidak baik, dia tetap berpuas hati dengan penampilan pertama di temasya O­limpik terutama selepas pulih daripada kecederaan kaki.

“Saya mengalami kece­deraan selepas pulang daripada aksi kelayakan Olimpik dan terpaksa berehat hampir setengah tahun walaupun hanya ada tempoh setahun untuk persiapan,” katanya yang tidak berniat menjadikan kecederaan itu sebagai alasan kegagalannya mara ke separuh akhir. – UTUSAN