Ini susulan masalah dalaman dan kepimpinan yang melanda Persatuan Tinju Antarabangsa (AIBA), yang ketika ini terpalit isu rasuah, selain presidennya, Gafur Rakhimov didakwa terlibat terlibat dengan kegiatan jenayah oleh Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS).

Presiden IOC, Thomas Bach melahirkan kebimbangan tentang masalah AIBA yang boleh menyebabkan tinju digugurkan.

Beliau tidak berpuas hati dengan laporan yang diserahkan kepada IOC pada April lalu, dan AIBA terpaksa menghantar laporan baharu yang sudah diperkemaskan bulan ini.

Laporan itu akan menjadi bahan utama perbincangan pada Jumaat dan Sabtu ini.

IOC mula hilang sabar dengan AIBA rentetan daripada skandal rasuah membabitkan hakim pertandingan Sukan ­Olimpik 2016 di Rio apabila 36 pegawai dan pengadil digantung kerana terlibat menentukan keputusan pertarungan.

“Kami tidak mahu atlet terpaksa menanggung akibat gara-gara sikap buruk pegawai persa­tuan.

“Kami akan mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan perjalanan ­Olimpik mereka tidak terhenti di situ sahaja,” tegas Bach. – AFP