Bagaimanapun, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, pihaknya masih memegang teguh terhadap keputusan bahawa ketiga-tiga sukan berkenaan tetap digugurkan daripada senarai sukan teras.

“Kita tidak berniat untuk menarik balik keputusan yang telah dibuat sebelum ini, tetapi setelah mengambil kira rayuan-rayuan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak khususnya Majlis Sukan Negeri, maka kita memberi kelonggaran hanya untuk Sukma,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE