Jaringan terakhir penalti shoot out pasukan pelawat oleh Meor Muhammad Azuan Hassan meletakkan KLHC dalam kelasnya tersendiri sekali gus berjaya menjulang Piala Sumbangsih buat kali kelima berturut.

Penalti shoot out diberi setelah kedua-dua pasukam terikat seri 2-2 sehingga tamat perlawanan yang disaksikan lebih 1,000 penonton.

Turut menyaksikan perlawanan itu ialah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang kemudiannya menyampaikan piala Sumbangsih kepada KLHC.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan.dan Sumber Manusia, Datuk Rozi Mamat; Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu dan Timbalan Presiden Persatuan Hoki Malaysia, George Koshy.-UTUSAN ONLINE