Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Thailand lancar perang psikologi

Sebahagian atlet Para ASEAN Thailand tiba di Lapangan Terbang
Sebahagian atlet Para ASEAN Thailand tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam BERNAMA

SEPANG 13 Sept. – Chef de mission (CDM) Thailand, Pitak Polkhan melancar perang psikologi apabila melabelkan Malaysia sebagai negara pilihan utama untuk muncul sebagai juara keseluruhan dalam Sukan Para ASEAN ke-9 yang akan bermula pada 17 hingga 23 September ini.

Turun sebagai juara bertahan Pitak enggan memberitahu jumlah pingat emas yang disasarkan sebaliknya dia cuba mengalihkan tekanan yang mereka hadapi kepada Malaysia apabila memilih tuan rumah sebagai negara pilihan untuk menjadi juara keseluruhan.

“Kami cuba yang terbaik untuk menjadi juara keseluruhan. Saya fikir Malaysia adalah negara pilihan untuk muncul juara keseluruhan pada edisi kali ini,” katanya kepada pemberita sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu, Pitak mendedahkan kontinjen Thailand tidak mempunyai persiapan yang rapi selepas melakukan persediaan dalam tempoh yang cukup singkat.

“Persiapan kami hanya tiga bulan sahaja sebab kami ada masalah dengan bajet,” katanya lagi.

Pitak juga lebih banyak berahsia apabila tidak memberitahu jumlah sasaran pingat emas malah dia turut enggan memaklumkan jenis sukan yang menjadi prospek emas kepada Thailand.

“Saya tidak boleh memberitahu anda tentang jumlah sasaran kami. Kami menyertai 15 daripada 16 sukan yang dipertandingkan (tanpa memberitahu sukan mana yang tidak disertai),” katanya.

Thailand merupakan juara keseluruhan Sukan Para ASEAN dua tahun lalu di Singapura setelah mengutip 95 emas manakala Indonesia di tangga kedua kurang 14 emas dan Malaysia di tangga ketiga selepas mengumpul 52 emas. Bagi edisi kali ini, Malaysia mensasarkan 103 daripada 368 pingat emas.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain