Pada masa itu, dia berada di kedudukan ke-12 dan sebanyak 18 penerjun terbaik akan mara ke peringkat separuh akhir.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi Ahmad Amsyar sewaktu dia membuat terjunan terakhir gara-gara kehilangan imbangan badan selepas membuat lompatan sebelum terjatuh ke dalam air dengan kocakan yang besar.

Dia hanya diberikan 9.75 markah iaitu yang paling rendah sepanjang kariernya dalam sukan terjun. Jumlah mata terkumpul yang diraihnya adalah 341.7.

“Saya mengaku membuat kesilapan teknik. Ini memang salah saya dan banyak lagi yang mesti diperbaiki. Insiden itu berlaku kerana saya kehilangan imbangan badan selepas membuat lompatan di atas papan anjal.

“Sudah tersurat tiada rezeki buat saya di Rio dan saya akan perbaiki dalam Olimpik Tokyo 2020 jika masih berpeluang mewakili negara,” katanya selepas acara itu semalam.

Ahmad Amsyar, 24, bersaing di Olimpik Rio selepas Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) memilihnya untuk menggantikan tempat Ooi Tze Liang yang diminta menumpukan perhatian kepada satu acara sahaja iaitu 10 meter platform individu. – UTUSAN