Duo negara yang digandingkan buat pertama kali di temasya itu tidak menghampakan kem negara apabila mengungguli acara tersebut dengan meraih markah tertinggi 384.12 manakala perak milik Indonesia, Adityo Restu Putra-Andriyan (364.14) dan Jonathan Chan-Joshua James dari Singapura, gangsa (340.50).

Kejayaan itu sekali gus menyaksikan skuad negara menyapu bersih 13 emas yang ditawarkan pada temasya terbesar Asia Tenggara yang berlangsung Kuala Lumpur. - UTUSAN ONLINE