Juara 2012 dan 2014, Sharapova hanya memerlukan 59 minit untuk mengetepikan pilihan keenam dari Republik Czech, Karolina Pliskova 6-2, 6-1.

Bintang Rusia berusia 31 tahun itu yang beraksi sebagai pilihan ke-28 kini berpotensi menentang seorang lagi bekas pemain No. 1 dunia yang juga juara Terbuka Perancis tiga kali, Serena Williams dari Amerika Syarikat (AS).

Sementara itu, pilihan ketiga, Muguruza, juara Terbuka Perancis 2016 turut menunjukkan prestasi cemerlang dengan hanya mengambil masa 60 minig ketika mengalahkan Samantha Stosur dari Australia 6-0, 6-2.

Sloane Stephens dari AS turut mara ke pusingan keempat tetapi selepas dipaksa berhempas pulas menumpaskan Camila Giorgi dari Itali 4-6, 6-1, 8-6.

Menanti Stephens pada pusingan seterusnya adalah Anett Kontaveit dari Estonia, yang menang 7-6 (10/8), 7-6 (7/4) ke atas pilihan kelapan, Petra Kvitova. - AGENSI