Itu adalah keputusan mengejutkan dalam kejohanan tersebut yang menyaksikan pemain 32 tahun dari Switzerland itu kecundang di tangan pemain baharu Rusia, Daniil Medvedev dengan keputusan 6-4 3-6 6-4 6-1 di Centre Court.

Dalam pada itu, juara bertahan dari Britain, Andy Murray memulakan kempennya dengan menewaskan Alexander Bublik dari Kazakhstan 6-1 6-4 6-2.

Selepas ini Murray yang juga pemain nombor satu dunia bakal bertemu dengan Dustin Brown dari Jerman dalam pusingan seterusnya. - REUTERS