Nishikori, yang tewas kepada Rafael Nadal di final Monte Carlo Masters, menarik diri selepas tewas 3-6 kepada Garcia-Lopez di set pertama.

Keletihan dan kecederaan di pergelangan tangan kanan menyebabkan pemain di kedudukan 22 dunia terpaksa melupakan kejohana di Barcelona, bagi memastikan dirinya cergas menjelang kejohanan utama Terbuka Perancis bulan depan.

“Keyakinan saya meningkat di Mote Carlo walapun tewas kepada Nadal.

“Bagaimanapun, saya mula merasa tidak selesa ketika set pertama dan tidak mahu mengambil sebarang risiko,” katanya. - AFP