Bekas pemain bola sepak Kuala Lumpur itu mengekalkan gelaran bagi kategori 170 sentimeter ke atas dalam kejohanan yang dianggap terbesar dan sukar musim ini.

“Cabaran kali ini bukan saja hadir daripada pencabar negara lain tetapi juga cuaca sejuk. Ia memberi kesukaran kepada kami, terutama kerana sukan ini melibatkan otot.

“Sejak awal sukar untuk kami menyesuaikan diri kerana cuaca adalah sekitar negatif lima darjah celsius. Namun saya tidak mahu sia-siakan persediaan yang dilakukan selama ini dan memberikan yang terbaik semasa pertandingan.

“Saya gembira pengorbanan termasuk jadual yang ketat menghadapi dua kejohanan besar membuahkan hasil seperti yang diharapkan,” kata atlet berusia 44 tahun itu dalam satu kenyataan.

Syarul sebelum ini turut merangkul kejuaraan Asia ketiganya di Seoul, Korea Selatan, Ogos lalu dan sejak kejayaan muncul Mr Universe tahun lalu, dia sentiasa meletakkan sasaran tinggi dalam kejohanan utama yang disertai.

Terdahulu, Dr Malvern Abdullah turut membawa kegembiraan buat Malaysia apabila meraih pingat perak dalam kategori 60kg lelaki. Pensyarah dari Sarawak itu juga adalah penyandang juara Asia. - UTUSAN ONLINE