MOHAMADOU SUMAREH
MOHAMADOU SUMAREH

Dakwaan berkenaan timbul berikutan gambar pemain kelahiran Gambia itu yang tersebar dan didakwa berada di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) oleh netizen yang menganggap dia telah mendapat status tersebut.

Sumareh ketika diminta mengulas berhubung perkara itu berkata, dakwaan tersebut tidak benar dan berharap orang ramai terutama penyokong Tok Gajah tidak mempercayainya.

Pemain berusia 23 tahun itu berkata, gambar yang ditularkan itu adalah gambar lama ketika dia bersama peminatnya.

"Jangan dengar daripada laman sosial. Itu tidak benar dan gambar itu adalah gambar lama," katanya, di sini hari ini.

Sumareh menyarung jersi skuad Tok Gajah sejak musim lalu. - UTUSAN ONLINE